Friday, March 25, 2011

Susah nak bangun pagi ?


Siapa yang paling susah sangat nak bangun pagi ? (saya !) Ada orang dah biasa bangun awal pagi waktu subuh terus terjaga, ada pulak yang bangun awal pagi untuk sembahyang subuh tapi lepas tu sambung tido balik . Tu kira okay lagi, paling teruk dah la tak sembahyang subuh, bangun pulak lambat . Alamatnya rezeki susah la nak masuk . Nak nak time cuti kan, time tu lah kalau boleh satu hari nak tido, macam ada magnet ja badan dengan katil . Bagi yang malas nak bangun awal pagi ni macam-macam alasan dia bagi .
“pagi-pagi buta nak buat apa, tido lagi bagus”
“time cuti macam ni la nak melepaskan geram, kalau dah kerja tak boleh bangun lambat”
“malas aku nak bangun awal, tido lagi syok”
Waktu pagi adalah antara waktu yang paling berkat kerana waktu itu Allah akan menurunkan semua rezeki kepada makhluknya . Maka bertebaranlah di waktu pagi untuk mecari rezeki . Sedangkan burung pun akan keluar pada waktu pagi untuk mencari rezeki dan pulang kesarang pada waktu petang . Begitu juga manusia perlu berusaha untuk mencari rezeki yang halal di waktu pagi.
Apa kelebihannya bangun awal waktu pagi ni?
  • Di waktu ini fikiran kita masih kosong, lapang dan segar so banyak perkara yang boleh kita fikirkan .
  • Badan kita segar dan cergas .
  • Cuaca yang sejuk dan pemandangan yang segar mampu menaikkan semangat yang tinggi .
  • Peluang mencari rezeki yang banyak .
  • Bermula pada waktu pagi, banyak perkara yang boleh dilakukan .
Bagi mereka yang suka bangun lambat pasti akan rugi, kerana apa ? Kerana rezekinya telah diambil oleh orang lain . Selain itu antara kerugian yang dialami bagi mereka yang suka bangun lambat :-
  • Badan menjadi letih .
  • Otak menjadi lemah .
  • Tidak banyak perkara yang boleh dilakukan .
  • Rezeki sudah dikaut oleh orang lain .
  • Menampakkan sikap pemalas .
Nak dapatkan tips macam mana mudah bangun awal pagi . Bagi mereka yang sukar sangat nak bangun awal pagi, try petua di bawah ni, InsyaAllah lepas ni boleh bangun awal pagi .
  • Ikhlaskan niat untuk bangun awal pagi untuk bekerja. Bekerja juga dikira sebagai ibadah jika kita niatkan kerana Allah .
  • Merasakan dalam dirinya tuntutan bangun awal kerana Allah s.w.t mengkehendakinya bangun awal untuk berqiamulail .
  • Mengetahui Kelebihan Bangun Awal .
  • Mengkaji cara hidup generasi as-salaf al-soleh yang sentiasa bangun awal .
  • Membiasakan untuk tidur mengiring di atas sebelah kanan tubuh .
  • Mengambil Wuduk sebelum tido .
  • Masuk tido awal .
  • Membiasakan beramal dengan zikir, wirid dan doa sebelum tidur .
  • Membiasakan untuk tidur sebentar pada waktu tengahari (sebelum zohor) yang dinamakan tidur Qailullah untuk mendapatkan kekuatan bangun awal .
  • Mengurangkan makan berlebihan .
  • Bermujahadah iaitu melawan hawa nafsu yang ingin tidur berlebihan .
  • Menjauhi maksiat kepada Allah s.w.t .
  • Menghukum diri dan memuhasabahnya jika ia cenderung untuk tidur berlebihan .

sources : 101 Petua Murah Rezeki & Jauhi Hutang; Siti Nor Bahyah Mahamood, Zahazan Mohamed & Mahfuzah Omar


No comments:

Post a Comment