Tuesday, December 14, 2010

Kebaikan Coklat

happy ! heee :D  Makan coklat . sedap ^^ sukanya . Umm
Eik, suka-suka . CHOCOLATE ♥ 

       Coklat mempunyai kandungan serat yang tinggi , karbohidrat , antioksidan , kalsium ,  fosfat dan vitamin A , B , C dan D . Mengikut kajian sains , pengambilan coklat dapat melegakan otot . Namun demikian , sekiranya diambil secara berlebihan , coklat boleh menyebabkan otot menjadi terlalu rehat sehingga asid perut mudah masuk ke dalam bahagian saluran makanan yang terletak di antara tekak dengan perut . Keadaan ini boleh mengakibatkan kecederaan dalaman kepada manusia .
       Hasil penyelidikan pula mendapati bahawa coklat dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepada pemakannya . Perasaan gembira dapat dirasai ketika coklat mula cair dalam mulut . Hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat , aromanya mampu merehatkan minda seseorang . Di samping itu , pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks kerana bahan kimia teobramina yang terdapat dalam coklat boleh memberikan rangsangan psikologi seolah-olah diri sentiasa bertenaga .
       Manfaat lainnya ialah coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya . Kajian mendapati bahawa sekiranya manusia mengunyah coklat tiga kali sebulan , mereka diramalkan dapat hidup setahun lebih lama daripada orang yang tidak memakan coklat langsung . Selain itu , coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok kerana fungsinya yang dapat mencairkan darah dan mengelakkan darah daripada membeku di dalam jantung . Pengidap asma juga digalakkan supaya memakan coklat untuk melegakan saluran pernafasan di dalam paru-paru . Kandungan bahan kimia dalam coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan batuk . Namun begitu , manusia perlu berhati-hati kerana pengambilan coklat yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti .

Haa ! Ingat, jangan makan terlalu terlalu banyak, nanti tak pasal-pasal obesiti  T_T
LOVE CHOCOLATE TOO MUCH !! ♥ <3

No comments:

Post a Comment